Kenapakah harga minyak mentah terus menjunam?
Punca kejatuhan minyak mentah dunia adalah tertakluk kepada ‘Hukum’ Permintaan dan Pembekalan yakni ‘Supply-Demand Economics’. Dengan kata lain, pada bulan June tahun ini harga minyak mentah (cth Brent Crude) adalah US$115 setong dan secara mendadak pada pertengahan Disember ini telah menjunam ke paras US$59 setong. Ramai yang terpinga-pinga.
Dalam satu dekad yang lalu, pertumbuhan China dan ekonomi global rancak yang menjadikan permintaan tinggi. Sementara itu negara seperti Libya dan Iraq berdepan dengan konflik yang menyebabkan bekalan kurang. Iran dikenakan ‘embargo’ oleh Amerika. Kesemua ini menyebabkan permintaan tinggi dan bekalan kurang. Maka harga minyak tinggi.
Dalam pada itu Amerika dan Canada mencari punca baru minyak mentah dari sumber batu ‘shale rock’ berbanding kaedah lama dari ‘batu pasir’ (sandstone) dan mula menghasilkan minyak dari sumber teknologi baru ini dari batu shale ini. Namun kos pengeluaran minyak dari sumber ‘shale formation’ ini adalah tinggi dikatakan dalam lingkungan US$70 setong.
Nah, ketika ekonomi China mula perlahan dan guna tenaga serta permintaan minyak mereka berkurang tetapi pengeluaran minyak oleh negera OPEC terus seperti biasa, maka berlaku bekalan melebihi permintaan. Akibatnya harga mula turun. Itulah punca utama kejatuhan harga minyak mentah dunai samada jenis Brent Crude atau Tapis Blend.
Ada yang meramalkan harga akan jatuh ke paras US$40 ke US$50 setong untuk kedepan ini
No comments:
Post a Comment