Sunday, 24 May 2015

KEGAWATAN EKONOMI MENCETUS FENOMENA
(PART 5)

              Beliau mencadangkan agar mereka mengenal pasti beberapa buah institusi yang memiliki sumber kewangan yang besar dan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membeli ringgit. Mereka terima cadangan itu dan melaksanakannya.

Namun, sekali lagi mereka tidak dapat melawan kekuatan peniaga mata wang. Mereka boleh membuat spekulasi sehingga 20 kali ganda modal mereka dan mereka mungkin kehabisan rizab antarabangsa kalau mereka cuba melawan mereka dengan cara itu. Mereka bukan berdepan dengan sebuah dana spekulasi mata wang, tetapi beberapa buah.
Ternyata percubaan mereka itu gagal. Tun tahu yang Nor Mohamed berpengetahuan lalu memutuskan untuk melantik beliau menjadi Penasihat Kewangan Tun dan salah seorang anggota MTEN.
Mereka mengajukan banyak soalan kepada beliau dalam usaha untuk memahami dan mengawal perniagaan mata wang. Tun perlu memahami sedalam-dalamya mengenai sistem perbankan dan kewangan, dan Nor Mohamed berjaya memperjelaskan semuanya.
Disebabkan mereka tidak faham selok-beloknya maka mereka telah memperkenalkan langkah-langkah yang terbukti tidak berkesan. Pada satu peringkat, terlintas dalam fikiran Tun untuk menurunkan nilai ringgit dan menaikkan gaji bagi mengimbangi kesan penyusutan nilainya.
Apabila Tun membincangkan idea itu dengan beberapa orang kawan dan Menteri, mereka berkeras mengatakan bahawa ia tidak akan berkesan. Namun, Tun terus yakin mesti ada sesuatu yang boleh dilakukan secara sah oleh kerajaan bagi menghentikan manipulasi mata wang mereka. Sehingga saat itu, Tun masih beranggapan yang mata wang sebenar telah bertukar tangan dalam urus niaga berkenaan.
Tun masih belum memahami perdagangan mata wang yang dijalankan dalam bentuk abstrak dan maya serta bagaimana transaksi atas kertas yang bernilai berbilion-bilion dolar boleh mengalir merentasi dunia dengan lebih pantas berbanding mereka membayar RM10 untuk membeli sayur di pasar.
Itulah sebabnya apabila mereka diberitahu yang mata wang mereka dibawa keluar, mereka menyangka orang yang terlibat benar-benar membawa wang mereka ketika mereka keluar dari Malaysia. Jadi, mereka meminta pegawai kastam di pintu keluar supaya memeriksa beg pengembara. Mereka kehairanan kerana tidak ada wang tunai yang cuba dibawa keluar.
Bagaimanapun, mereka mendapati jumlah wang dalam edaran di Malaysia berkurangan dengan begitu banyak dan berjuta-juta ringgit Malaysia telah mengalir ke Singapura. Atas sebab itulah mereka meminta kerajaan Singapura mendepositkan sejumlah pegangan ringgit mereka ke dalam bank Malaysia.
Mereka juga hairan bagaimana peniaga mata wang di luar Malaysia boleh memiliki berbilion ringgit duit mereka untuk dijual. Tun tertanya-tanya dari mana penyerang mata wang antarabangsa itu memperoleh ringgit?
Mereka melakukan jualan singkat dengan mengikat kontrak untuk menyerahkan ringgit yang sebenarnya tidak mereka miliki. Bagaimanapun lambat-laun mereka perlu juga membuat penyerahan.
Tun bertanya kepada Nor Mohamed bagaimana sejumlah besar mata wang mereka boleh meninggalkan Malaysia tanpa dikesan dan bagaimana peniaga boleh membawa keluar berbilion-bilion ringgit. Mereka juga tidak mempunyai rekod pembelian ringgit sebelum mereka mula memperdagangkannya sebagai satu komoditi dan dalam proses itu merosakkan kestabilan kadar tukarannya.
Pada satu peringkat, Tun membuat kesimpulan bahawa mereka tentu telah membeli sejumlah besar ringgit sebelum memperdagangkannya di pasaran.
Nor Mohamed menjelaskan kepada MTEN bahawa sebenarnya tidak ada wang tunai yang dipindahkan. Sejuta ringgit, walaupun dalam bentuk wang kertas RM100, sudah cukup berat untuk diangkut. Jadi, tentulah mustahil untuk memindahkan ratusan juta ringgit, apatah lagi berbilion ringgit. Lagipun, ringgit hanya sah diperlakukan di Malaysia. Ia tidak boleh digunakan di luar negara.
Bank dan penukar wang di negara lain mungkin menerima ringgit untuk ditukarkan dengan mata wang tempatan, tetapi jumlahnya kecil sahaja. Di penghujungnya, mereka pasti memulangkan mata wang kertas itu kepada Malaysia untuk ditukarkan dengan mata wang pilihan mereka. Bagaimanapun, ini jelas tidak berlaku. Kalau berlaku pun, mereka tentu dapat melihat barisan van perisai berulang-alik di antara Singapura dan Malaysia.
Jadi, apakah mata wang yang diperdagangkan sebenarnya? Nor Mohamed menjelaskan bahawa tidak ada wang yang terlibat secara fizikal. Sebaliknya wang sebenar ada di dalam bank-bank Malaysia, kebanyakannya di dalam akaun pemilik wang itu.
Tun bertanya kepada kepada Nor Mohamed apa yang berlaku apabila wang itu dijual atau dibeli. Menurut beliau, sejumlah kecil daripadanya mungkin dimasukkan ke dalam bank atau diambil sebagai tunai. Namun, biasanya wang itu dikreditkan ke dalam akaun penerima atau didebitkan daripada akaun pembayar. Tidak ada transaksi wang tunai berlaku sama sekali. Jual beli dibuat di atas kertas semata-mata. Yang berubah hanyalah angka-angka di dalam akaun bank.
Apabila ringgit didagangkan, tidak ada wang yang menyeberangi sempadan. Dalam erti kata lain, tidak ada wang yang keluar dari Malaysia ataupun masuk ke dalam Malaysia secara fizikal. Proses itu mungkin rumit sedikit bagi dagangan yang melibatkan akaun mata wang asing di bank-bank asing. Begitu pun, ringgit yang diperdagangkan tidak akan sama sekali meninggalkan Malaysia.
Tun sedar bahawa itu mestilah caranya. Jadi, mereka meminta Bank Negara menarik balik wang kertas bernilai RM500 dan RM1,000 bagi menyekat orang ramai menyeludup keluar wang. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku selama ini adalah ringgit Malaysia yang diperdagangkan itu kekal di dalam akaun orang asing di bank-bank Malaysia. Disebabkan wang itu dimiliki oleh orang asing, maka mereka tidak boleh menggunakannya.
Ini adalah sesuatu yang baru kepada Tun. Tun bukan seorang ahli perbankan dan urusan Tun dengan bank juga terhad. Tun selalu membuat pembayaran menggunakan cek tanpa memikirkan bagaimana angka di dalam akaun Tun berubah. Transaksi Tun umumnya kecil dan diuruskan oleh pembantu peribadi Tun.
Tun mula berasa gerun apabila menyedari yang Tun telah membelanjakan begitu banyak wang negara tanpa mengetahui apa-apa mengenai operasi bank. Namun, sejak mempelajari bahawa ringgit yang diperdagangkan itu tidak pernah keluar dari Malaysia secara fizikal dan jual belinya hanya membabitkan pemindahan hak milik daripada satu akuan kepada akaun yang lain di dalam bank, maka Tun mula berfikir bagaimana kerajaan boleh menggunakan kuasa kawalan Bank Negara ke atas bank-bank di Malaysia untuk menghentikan perniagaan mata wang.
Tun yakin ramai rakan-rakan Tun di dalam MTEN tahu bahawa sistem kewangan mewujudkan lebih banyak kredit berbanding mata wang yang dikeluarkan oleh bank pusat. Bagaimanapun, mereka tidak nampak bagaimana maklumat itu mungkin boleh membantu mewujudkan kawalan rasmi ke atas perdagangan mata wang. Mungkin ada baiknya juga kejahilan Tun mengenai sistem kewangan sebelum ini kerana ia memberi Tun peluang untuk melihat dengan persepktif baru tentang bagaimana boleh menggagalkan peniaga mata wang.
Tun bertanya Nor Mohamed sama ada kerajaan boleh mengarahkan bank agar tidak memindahkan hak milik apabila peniaga mata wang membeli dan menjual ringgit. Beliau menjawab, boleh. Tun pun memikirkan kemungkinan untuk melaksanakannya.
Serentak itu, Tun Daim, Nor Mohamed dan ahli-ahli perbankan di dalam MTEN mula membincangkan kemungkinan menyekat peniaga mata wang daripada memperoleh ringgit. Pada masa yang sama, mereka perlu menghentikan jual beli saham syarikat Malaysia melalui Central Limit Order Book (CLOB) di Singapura atau apa yang disebut sebagai dagangan “atas kaunter.”
Ia diwujudkan oleh Singapura untuk meneruskan kegiatan jual beli saham-saham Malaysia selepas mereka memisahkan bursa saham mereka daripada bursa saham Singapura pada 1989. Urus niaga CLOB menyebabkan harga saham mereka merosot terus-menerus.
Indeks Komposit mereka, iaitu Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) berada di semerekar 1,200 mata apabila serangan ke atas ringgit bermula. Bagi mengelakkan kehilangan wang yang dilaburkan di Malaysia, maka pelabur asing berpusu-pusu keluar dengan menjual saham milik mereka dan menukar ringgit yang mereka peroleh kepada dolar Amerika atau mata wang lain.
Penjualan ini menyebabkan kejatuhan harga saham mereka menjadi lebih teruk. Pada satu peringkat, ia jatuh sehingga di bawah 300 mata. Modal pasaran saham yang disenaraikan di bursa saham mereka tinggal satu perempat sahaja daripada nilai sebelum krisis.
Mereka mendapati bahawa saham yang diniagakan melalui CLOB telah didaftarkan atas nama syarikat-syarikat pemegang amanah. Amalan ini sah dari segi undang-undang, tetapi apabila saham itu dijual dalam lingkungan syarikat pemegang amanah maka pemilikannya tidak berubah; ia kekal dalam tangan syarikat pemegang amanah terbabit. Atas dasar itu maka jual-beli tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Yang menjadi masalah adalah penjualan berterusan saham-saham itu menyebabkan harganya jatuh. BSKL tidak dapat berbuat apa-apa mengenai kegiatan CLOB. Transaksi saham-saham Malaysia di CLOB tidak perlu didaftarkan dengan BSKL selagi ia kekal sebagai urusan atas kertas oleh syarikat pemegang amanah yang sama.
Mereka perlu menghentikan amalan itu dan memutuskan bahawa tidak ada jual-beli akan diiktiraf kecuali pemilik sebenar mendaftar dengan BSKL. Kegagalan mereka berbuat demikian boleh menyebabkan transaksi berkenaan tidak diiktiraf dan saham yang terlibat, dari segi undang-undang akan dianggap sebagai hak milik penjual.
Sebaik sahaja mereka mengenakan syarat itu, saham-saham tidak mungkin boleh diniagakan lagi di CLOB tanpa mendaftarkannya dengan BSKL. Tiada siapa akan membeli kalau saham itu tidak menjadi milik mereka dari segi undang-undang. Ini memaksa pemilik sebenar untuk mendaftar urus niaga mereka dengan BSKL sebagai syarat untuk mendapatkan pengiktirafan.
Tindakan mereka itu berjaya menamatkan peranan syarikat pemegang amanah sebagai orang depan dalam perdagangan CLOB. Semua pemilik perlu mendaftar dengan BSKL. CLOB tidak lagi berperanan menjual-beli saham Malaysia. Ia terpaksa ditutup.
Sementara itu, mereka juga memutuskan untuk menambat ringgit kepada dolar Amerika – satu langkah yang pastinya menimbulkan kontroversi. Bagaimanapun, mereka perlu menentukan kadar tukaran ringgit sebaik sahaja selepas mengarahkan bank agar tidak memindahkan wang akaun mereka dalam sebarang transaksi.
Mereka juga perlu menyediakan rizab mata wang asing, terutama dolar Amerika yang mencukupi dalam bank tempatan dan di Bank Negara sekiranya diperlukan oleh pedagang bagi membayar import mereka. Dan sudah tentulah mereka perlu menjamin bekalan ringgit yang mencukupi di bank untuk ditukarkan dengan mata wang asing pada kadar yang mereka tetapkan.
Mereka sentiasa mendesak agar pendapatan penjualan barangan buatan Malaysia kepada pembeli asing dibawa balik dan didepositkan di dalam bank Malaysia. Sesetengah negara membangun seperti Argentina membenarkan pendapatan eksport disimpan di luar negara.
Dalam kes negara pengeluar minyak Timur Tengah pula, sebahagian mereka tidak pernah membawa pulang perolehan eksport minyak mereka. sebaliknya, mereka membiarkan pendapatan eksport minyak mereka yang sering disebut sebagai “petrodollar”, mengelilingi dunia mencari pelaburan yang paling menguntungkan.
Bagi mereka pula, kalau mereka benarkan hal ini berlaku maka ia akan mengakibatkan pengaliran keluar yang berterusan pendapatan eksport negara. Kalau mereka tidak dapat menggunakan tukaran asing hasil eksport mereka, maka mereka tidak akan dapat membayar kos import atau melunaskan hutang.
Kesan daripada amalan membawa balik pendapatan eksport itu menyebabkan Malaysia sentiasa mempunyai rizab mata wang asing yang mencukupi untuk digunakan oleh pengimport bagi membeli barangan dan perkhidmatan asing. Apabila kerajaan menetapkan kadar tukaran, ia harus menjamin bekalan mata wang asing yang mencukupi untuk membayar kos import utama pada kadar yang ditetapkan itu.
Mereka mungkin boleh memperkayakan diri mereka dengan mengukuhkan ringgit kepada paras sebelum krisis, iaitu RM2.50 bagi satu dolar Amerika memandangkan pada masa itu ringgit sudah mula pulih perlahan-lahan. Pada kadar paling rendah, nilai ringgit susut kepada hampir RM5 bagi setiap dolar Amerika. Ia kemudian berkisar semerekar RM3.80 dan RM4.
Kalau ringgit terlalu kukuh pula kerana mereka menetapkan kadar tukaran yang amat tinggi maka produk Malaysia tidak dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa dengan produk yang serupa dari Thailand, Filipina dan Indonesia. Mereka perlu menetapkan kadar tukaran yang tidak terlalu memiskinkan mereka dan pada masa yang sama menjamin persaingan produk keluaran mereka. Oleh itu, mereka memutuskan kadar RM3.80 bagi satu dolar Amerika.
Mereka merahsiakan perkara itu, tetapi mereka mahu Bank Negara dan BSKL melaksanakannya. Kerajaan perlu menyelia pelaksanaan rancangan itu hampir setiap minit.
Sambungan... Kegawatan Ekonomi Mencetus Fenomena (PART 6)

No comments:

Post a Comment