KEGAWATAN EKONOMI MENCETUS FENOMENA
Apabila TUN DR. MAHATHIR pulang daripada bercuti pada bulan Ogos, di Thailand sangat teruk.Tun mengambil keputusan untuk meminjamkan mata wang utama bagi
memperkuatkan rizab antarabangsanya, tetapi tidak berhasil. Nilai baht terus
jatuh.
Kewangan Malaysia berada dalam keadaan baik pada masa itu kerana
kerajaan dan peniaga tidak perlu meminjam dengan banyak mata wang asing. Kadar
faedah mereka sentiasa rendah dan pinjaman mata wang asing tidak akan
memberikan apa-apa kelebihan. Rizab mata wang asing Bank Negara juga mencukupi,
setidak-tidaknya cukup untuk menyokong ringgit kalau diserang. Namun, itu
hanyalah andaian.
Mereka juga tidak membuatkan diri mereka terdedah seperti orang
Thai dengan meminjam mata wang asing dan berurus niaga dengan peniaga mata
wang, jadi apa yang harus mereka bimbangkan?
Kemudian mereka mula mendengar mengenai jangmerekan kewangan,
iaitu bagaimana masalah jiran mereka mungkin menjangkiti mereka. Walaupun
ekonomi dan kewangan mereka nampak sihat, ringgit mungkin akan diserang juga.
Kalau peniaga mata wang mencetuskan kehilangan keyakinan terhadap
Malaysia, nilai ringgit akan turut jatuh. Tun langsung tidak faham mengapa hal
seperti ini harus berlaku, tetapi pakar ekonomi pasti ia akan terjadi.
Mereka betul. Peniaga mata wang mula menjual ringgit secara
besar-besaran menyebabkan nilainya merosot. Sebelum serangan itu bermula pada
pertengahan 1997, kadar mata wang mereka ialah RM2.50 bagi satu dolar Amerika.
Bagaimanapun, menjelang hujung tahun nilai ringgit tinggal separuh sahaja. Mereka
tidak tahu siapa yang menjual ringgit atau kepada siapa mereka menjualnya.
Tun diberitahu mengenai seorang lelaki bernama George Soros yang
pernah menyerang paun British dan lira Itali. Kedua-dua buah negara itu
menghadapi saat genting mempertahankan mata wang mereka yang disusutkan
nilainya secara paksa.
Tanpa mengetahui peniaga mana yang terbabit, Tun mengandaikan
bahawa Soros adalah salah seorang daripadanya. Tidak kira siapa mereka, Tun
amat marah.
Bagaimanakah orang luar boleh dengan sewenang-wenangnya
memiskinkan negara dan rakyat mereka? Bagaimanakah mereka tergamak berbuat
demikian secara sedar dan sengaja? Sekalipun itu bukan tujuan utama mereka,
mengapakah mereka memilih untuk menjahanamkan mereka sebagai produk sampingan
strategi perniagaan mata wang mereka? Semua ini tidak masuk akal , sama ada
dari segi ekonomi mahupun moral.
Rakyat Malaysia, khususnya golongan peniaga mula merasai kesan
penurunan nilai ringgit. Pengimport misalnya, tidak dapat mengumpulkan cukup
ringgit untuk membeli dolar yang mereka perlukan bagi membayar kos barangan
yang dipesan daripada pembekal asing. Akibat kekurangan wang, mereka gagal
membayar balik hutang.
Rakyat Malaysia yang gemar ke luar negara pula mendapati kos
perjalanan mereka terlalu mahal. Eksport mereka biasanya menggunakan dolar.
Jadi, dengan kenaikan nilai dolar mereka sepatutnya memperoleh lebih banyak
mata wang ringgit daripada eksport.
Pembeli asing pula mahu membayar harga yang lebih rendah untuk
eksport mereka. Mereka mendakwa kos pengeluaran mereka telah berkurangan kerana
nilai ringgit merosot. Apa yang mereka tidak sebut adalah, akibat kenaikan
nilai dolar maka bahan mentah, komponen dan barangan modal (capital
goods) yang mereka import menjadi lebih mahal.
Kejatuhan nilai ringgit tidak menjadikan mereka lebih berdaya
saing, terutama jika dibandingkan dengan jiran mereka yang nilai mata wang
mereka juga jatuh.
Mereka berasa tidak berdaya apabila nilai ringgit terus merosot
dan ekonomi menuju ke arah kemelesetan. Sebelum itu, selama hampir 10 tahun
berturut-turut, ekonomi mereka berkembang pada kadar lapan peratus setahun.
Kini, mereka berdepan dengan kemungkinan pertumbuhan negatif.
Tun tidak boleh berkata apa-apa mengenai peniaga mata wang – setiap kali Tun
membuat kenyataan terbuka, nilai ringgit jatuh lagi.
Pada 17 Jun 1997, sebelum serangan ke atas mata wang Asia
bermula, Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa atau International
Monetary Fund (IMF) waktu itu, Michael Camdessus memuji
Gabenor Bank Negara kerana pengurusan ekonomi dan kewangan Malaysia yang baik.
Pujian itu dibuatnya pada Majlis Hal Ehwal Ekonomi Dunia, Los
Angeles. Katanya: “Malaysia adalah negara contoh di mana pihak berkuasanya
sedar mengenai cabaran menguruskan tekanan akibat pertumbuhan ekonomi yang
tinggi dan mengekalkan sistem kewangan yang sihat di tengah-tengah pengaliran
masuk modal yang banyak dan pasaran hartanah berkembang pesat.”
Inflasi, kata beliau, adalah rendah dan tukaran ringgit kekal
pada kadar RM2.50 kepada AS$1 untuk jangka masa yang lama. Ringgit, tambah
beliau lagi, adalah mata wang yang benar-benar kukuh yang mencerminkan
kemantapan kewangan Malaysia.
Namun, apabila serangan ke atas mata wang Asia berlaku, orang
yang sama berkata ekonomi mereka terlalu panas dan ini menyebabkan mata wang mereka
merudum diserang oleh peniaga mata wang. Tun tidak percaya yang nilai ringgit
susut kerana ekonomi mereka lemah atau kerana pasaran hilang keyakinan terhadap
Malaysia.
SAMBUNGAN... Kegawatan Ekonomi Mencetus Fenomena PART 3
No comments:
Post a Comment