Sunday, 24 May 2015

KEGAWATAN EKONOMI MENCETUS FENOMENA
(PART 4)



             Camdessus adalah orang Perancis, dan Tun dengar beliau bersahabat dengan Presiden Chirac. Jadi, disebabkan Tun kenal baik dengan Chirac maka Tun menulis kepada beliau mengenai penjarahan oleh peniaga mata wang dan Tun meminta beliau bercakap dengan Camdessus agar membantu menghentikan kegiatan itu.

Kemudian, sewaktu Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) di Edinburgh, Scotland pada 1997, Tun bertemu Tony Blair yang baru sahaja menjadi Perdana Menteri Britain bagi membincangkan perkara itu. Tun menjelaskan dengan panjang lebar kesan mata wang dan meminta beliau membawa perkara itu kepada IMF. Bagaimanapun, segala usaha Tun di peringkat itu tidak menghasilkan apa-apa.
Sebelum itu, Malaysia memperoleh sedikit pengalaman dalam perniagaan mata wang. Mereka mengambil bahagian dalam kegiatan itu bagi memastikan nilai rizab antarabangsa mereka tidak susut akibat naik turun nilai mata wang yang mereka simpan.
Ketika itu mereka hanya berurusan dengan menggunakan mata wang negara-negara maju sahaja. Seperti mana orang lain, mereka juga membuat spekulasi, tetapi tidak memanipulasi. Apa yang mereka lakukan adalah memperincikan risiko yang mereka ambil, tetapi apabila salah satu spekulasi mereka songsang, mereka telah kehilangan sejumlah besar wang. Selepas pengalaman itu, mereka keluar daripada perniagaan mata wang.
Pada September 1997, Tun dijemput berucap pada mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF di Hong Kong. Tun mengambil kesempatan membelasah peniaga mata wang dengan menuduh mereka telah memiskinkan lagi negara-negara yang sedia miskin di dunia. Tun menyebut nama Soros sebagai salah seorang peniaga yang memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara dan menggangu gugat pembangunan mereka.
Hari berikutnya, Anwar berucap pada mesyuarat yang sama. Ketika itu, Tun sudah berlepas ke Sabah dan beliau menelefon . Nada suaranya seperti orang marah. Beliau memberitahu Tun bahawa ucapan Tun menyebabkan nilai ringgit bertambah susut, cuma beliau tidak memberitahu Tun agar jangan bercakap lagi. Namun, Tun terus mengkritik IMF dan peniaga mata wang.
Dalam satu perjumpaan di Santiago, Chile, Tun mengulangi kutukan ke atas mereka dan sekali lagi nilai ringgit jatuh. Perkembangan itu membuktikan kepada Tun bahawa peniaga mata wang adalah punca yang menekan turun nilai ringgit.
Ia tidak mungkin disebabkan oleh reaksi pasaran kerana tindak balasnya begitu pantas. Ini juga bukan disebabkan persetujuan am pasaran, tetapi kerja beberapa pemain utama yang mempunyai pengaruh besar terhadap pasaran. Dan atas alasan mereka yang tersendiri, Tun mendapati sesetengah orang sengaja cuba menyekat Tun daripada bercakap mengenai peniaga mata wang.
Di dalam negara, Anwar memulakan apa yang dikenali sebagai “penyelesaian IMF tanpa IMF.” Pada dasarnya, mereka tidak dilanda masalah ekonomi yang teruk. Mereka tidak perlu meminjam daripada IMF bagi melangsaikan hutang luar kerana mereka tidak banyak berhutang. Antara hutang yang ada masih belum sampai masanya untuk dibayar balik. Hutang yang telah sampai masanya untuk dibayar balik pula sudah pun mereka langsaikan.
Namun, sama ada mereka perlu meminjam daripada IMF atau tidak, Anwar berpendapat bahawa Malaysia perlu menerima nasihat IMF. Beliau percaya bahawa untuk mengekalkan keyakinan antarabangsa terhadap pengurusan ekonomi mereka, mereka perlu melakukan apa yang diberitahu oleh mereka dan menguruskan ekonomi mereka mengikut cara yang mereka kehendaki.
Anwar berpendapat yang ubat IMF adalah baik untuk mereka dan akan membantu mereka pulih daripada penyakit antarabangsa walaupun mereka sebenarnya belum lagi jatuh sakit. Jadi, beliau menaikkan kadar faedah dan memotong perbelanjaan kerajaan.
Tun memberi amaran kepada Anwar yang tindakannya itu mungkin menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang diperlukan bagi membayar gaji kamerekangan awam.
Beliau juga cuba memendekkan tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada enam bulan kepada tiga sebelum mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk. Ini sekaligus menaikkan nisbah hutang lapuk bank dan menyebabkan ramai peminjam muflis. Perniagaan merosot. Penyakit yang mereka cuba elakkan, muncul.
Ubat IMF gagal menghalang penyakit itu, sebaliknya menjadi punca penyakit. Dalam pada itu pun, Anwar tetap meneruskan dasar pro-IMF beliau.
Ekonomi mereka jelas menuju ke arah kemelesetan. Banyak syarikat muflis manakala yang lain gagal melangsaikan hutang bank, lebih-lebih lagi selepas Anwar memendekkan tempoh ingkar bayar hutang daripada enam bulan kepada tiga dan menaikkan kadar faedah kepada 12 peratus.
Mereka memutuskan supaya ditubuhkan sebuah badan operasi seperti Majlis Gerakan Negara yang ditubuhkan untuk menangani kesan rusuhan kaum pada 1969. Bagi mengurangkan perbalahan politik maka mereka menjemput semua Ketua Menteri dan Menteri Besar, termasuk daripada PAS untuk menganggotai sebuah badan yang mereka panggil Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) (2). Pemimpin kesatuan sekerja dan perniagaan serta ketua badan pemikir juga diajak bersama.
Dengan itu, mereka dapat menjelaskan kepada mereka masalah yang dihadapi oleh negara dan mendengar pandangan mereka mengenai cara menanganinya. Bagaimanapun, disebabkan bilangan ahli yang ramai maka Majlis itu tidak dapat bermesyuarat lebih kerap. Jadi, Tun memutuskan supaya diwujudkan sebuah panel penasihat kecil untuk memantau perkembangan, di samping mencadangkan cara mengatasinya.
Ia perlu disokong oleh keseluruhan Kabinet walaupun hanya sebilangan Menteri sahaja yang menganggotainya. Mujurlah Kabinet tidak mempersoalkan bidang kuasa atau syarat-syarat penubuhan badan yang berpengaruh itu.
Anggota panel penasihat termasuklah Anwar; Datuk Mustapa Mohamed, iaitu seorang ahli ekonomi yang dihormati dan kini berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Samsuddin Hitam; Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Fong Weng Phak (entah apa sebabnya, Gabenor tidak pernah menghadiri mesyuarat mereka); Ketua Unit Perancangan Ekonomi, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman; Oh Siew Nam, seorang eksekutif sektor swasta yang arif mengenai perbankan dan pasaran kewangan serta Ketua Pengarah ISIS, Tan Sri Dr Noordin Sopiee.
Panel penasihat kecil itu bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga jam setiap pagi di pejabat Tun. Mereka meneliti semua perangkaan mengenai ekonomi dan mentauliahkan penyelidikan berhubung sebarang isu yang mereka rasa mungkin mempengaruhi prestasi ekonomi atau prospek negara.Mereka memanggil pakar bagi memberi penerangan dan membuat cadangan mengenai perkembangan semasa. Mereka mendengar banyak taklimat dan sering membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan.
Mujurlah mereka tidak mengalami ketegangan sosial sewaktu krisis kewangan. Rakyat Malaysia mungkin telah terjejas teruk akibat krisis tersebut, tetapi keganasan bukanlah tindak balas mereka. Pada masa yang sama, mereka sedang membuat persiapan akhir bagi Sukan Komanwel yang akan diadakan pada tahun berikutnya, jadi, mereka tidak mampu untuk menghadapi sebarang bentuk ketidakstabilan.
Sambil menangani krisis itu, Tun meneruskan tugas ke luar negara untuk melaksanakan usaha ekonomi dan diplomatik. Tun berada di Buenos Aires, Argentina apabila Tun tiba-tiba teringat kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai operasi perniagaan mata wang Bank Negara sewaktu mereka mengalami kerugian.
Tun ternampak beliau sedang berjalan-jalan di Kuala Lumpur sebelum Tun berlepas ke Buenos Aires. Wajah beliau muncul dalam fikiran Tun dan Tun memutuskan yang beliau mungkin boleh memberi penjelasan mengenai perniagaan mata wang serta mencadangkan cara untuk mengatasinya.
Urus niaga mata wang asing mereka yang merugikan itu mungkin boleh menghasilkan suatu kebaikan dan menyelamatkan mereka pada saat-saat mereka dikepung oleh peniaga mata wang.
Perkara itu amat mendesak dan Tun tidak boleh menunggu sehingga pulang ke tanah air, lalu Tun meminta pejabat Tun mencari dan menerbangkan Nor Mohamed ke Argentina. Tidak lama selepas itu, beliau dan Tun duduk di dalam bilik hotel Tun dan beliau menjelaskan selok-belok perniagaan mata wang serta sebab mereka mengalami kerugian.
Tun bertanya, apakah pengajaran daripada pengalaman itu yang boleh mereka gunakan untuk mengatasi masalah yang sedang mereka hadapi?

Sambungan..Kegawatan Ekonomi Mencetus Fenomena (PART 5)

No comments:

Post a Comment