Wednesday, 3 June 2015

1500 Korban Panas Di India

Dipetik daripada Harian Metro

New Delhi: Hospital di India sesak dengan orang ramai yang menjadi mangsa cuaca panas melampau yang kini sudah mengorbankan hampir 1,500 orang sejak minggu lalu.

Ratusan pesakit dengan sebahagian besarnya dari kawasan miskin mati akibat cuaca panas melampau setiap tahun tetapi angka kematian tahun ini amat luar biasa.

Di Andhra Pradesh di selatan India yang paling teruk terjejas, 1,020 orang mati sejak 18 Mei lalu, sekali ganda lebuh tinggi berbanding jumlah kematian di seluruh negara tahun lalu.

Wilayah Telangana yang suhunya mencecah 48 darjah Celsius, 340 orang mati.

Pengurus pengaturcara komputer untuk cuaca kumpulan penyelidik Pusat Sains dan Alam Sekitar (CSE), Arjuna Srinidhi, berkata cuaca panas itu mungkin akibat perubahan susu mendadak selepas hujan berpanjangan pada Februari dan Mac lalu.

“Cuaca panas tahun ini pendek tetapi jumlah kematian tinggi. Kepanasan melampau itu menyebabkan hospital dibanjiri mangsa yang melepuh, sakit kepala dan pening akibat kekurangan air dalam badan,” katanya.

Kerajaan mengarahkan pendingin hawa dipasang di rumah perlindungan gelandangan yang tidak bertingkap, hanya dilengkapi kipas kecil.

Peningkatan penggunaan elektrik, terutama untuk pendingin hawa menyebabkan sesetengah kawasan di India mengalami gangguan bekalan selama beberapa jam. - AFP


TASIK di Ajmer, India, semakin kering akibat cuaca panas melampau di negara itu yang sudah mengorbankan kira-kira 1,500 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 6:45 PM

No comments:

Post a Comment