Wednesday, 3 June 2015

50 lembu untuk pinang Malia


Dipetik daripada Harian Metro


AFP Nairobi: Seorang peguam Kenya menawarkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama

 50 ekor lembu dan haiwan ternakan lain untuk mendapatkan persetujuan 

pemimpin itu membenarkan dia berkahwin dengan anaknya, Malia.

Felix Kiprono berkata, dia bersedia menyerahkan 50 lembu, 70 biri-biri dan 30 kambing untuk
memenuhi impian berkahwin dengan anak sulung Obama berusia 16 tahun itu.

“Saya jatuh hati dengannya sejak 2008,” kata Kiprono dalam wawancara dengan akhbar The Nairobian.

Ketika itu, Obama bertanding kali pertama dalam pilihan raya Presiden dan Malia baru berusia 10 tahun.
“Sejak itu saya tidak pernah berpacaran dengan sesiapa dan berjanji akan setia kepada Malia.
Saya meluahkan impian saya kepada keluarga dan mereka bersetuju membantu saya mengumpulkan
 wang hantaran,” kata Kiprono.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 6:59 AM


No comments:

Post a Comment