Wednesday, 3 June 2015

Filem Bujang Lapok Mendapat Kritikan


Dipetik dari FB Cen Polo
Filem Bujang Lapok adalah kritikan sosial terhadap gaya perbelanjaan masyarakat yang sebenarnya masih relevan hingga ke hari ini.
Berdasarkan kadar inflasi malar 6% setahun sejak 1960 hingga ke hari ini, anggaran nilai yang disebut dalam filem tersebut pada hari ini:
i) Upah tutup rahsia; 20 sen-Nilai 20 sen pada 1960 pada hari ini adalah RM4.40. Agaknya, apa boleh dibeli pada hari ini untuk merasuah seorang kanak-kanak seusia 5 ke 6 tahun?
ii) Mahar perkahwinan Sudin; RM1,000 serba satu-RM1,000 pada 1960 bernilai RM21,939 pada hari ini. Patutlah Ajis tak setuju dan menganggap majlis yang bakal dibuat itu terlalu besar-besaran.
iii) Nilai gadaian cincin berlian Makcik Eton; RM3,000-Pada hari ini, nilai cincin berlian Makcik Eton itu adalah sekitar RM65,000. Tak peliklah kalau dia dianggap orang ada-ada kerana memiliki cincin berlian sebegitu.
iv) Jumlah yang dipinjam daripada Benggali oleh jiran sebelah rumah Sudin untuk perbelanjaan kahwinnya; RM5,000-Pada hari ini, nilainya adalah sekitar RM110,000.Kalau meminjam dengan kadar seorang anggota kerajaan sekalipun, anda memerlukan sekurang-kurangnya 12 tahun untuk menghabiskan bayaran bulanan hutang sebanyak ini dengan komitmen bayaran RM1,000 sebulan.
Justeru, tak hairanlah anak sudah tiga, hutang Benggali masih belum selesai.
v) Nilai Beef Steak untuk 12 orang makan yang perlu dibayar Ramli sehingga terpaksa pulang sehelai sepinggang; RM38-Pada hari ini, nilainya adalah sekitar RM834. Justeru penting sebenarnya untuk mengajar bakal isteri makan di warung tepi jalan atau restoran sederhana. Yang penting makanannya, bukan gaya dan status kekayaan yang dipamerkan.

Pakaian wanita2 muslimah zaman dulu2


Pakaian wanita2 muslimah zaman dulu2 yg saya sangat tertarik.
Sebab tak ada nampak bentuk badan.. tak tahu pun dia kurus atau gemuk...supermodel ke tidak. Ini kalau pakai zaman sekarang memang sah org gila tepi jalan pun tak kuasa nak pandang.
Ia nampak pelik di zaman kita sebab zaman kita dah lain dah..... yg berpurdah pun ada je yg jubah ketat,tudung pendek,tabaruj,terlampau berwarna-warni.

TIPS MUDAH! Cara Bagaimana Nak Dapatkan CGPA 3.5 Ke Atas Sepanjang Semester

TIPS MUDAH! Cara Bagaimana Nak Dapatkan CGPA 3.5 Ke Atas Sepanjang Semester



Bagi setiap pelajar, tidak kira sama ada pelajar maktab, matrikulasi, kolej mahupun universiti, sudah pasti mahu mendapatkan CGPA (Purata Nilai Gred Akademik) 3.5 ke atas..Tambahan pula, jika kursus atau subjek yang di ambil adalah sukar, sudah tentu ia akan menjadi masalah..Jadi, kalau anda mahukan sedikit tips, meh usha kat bawah ni..


Tidak ada rahsia besar yang perlu dibanggakan. Bahkan tidak perlu sama sekali untuk memberikan tumpuan sepenuh masa hanya untuk menatap buku dan berada di perpustakaan sepanjang hari untuk mendapat keputusan yang baik. 

Kehidupan sebagai pelajar dikecapi dengan sepenuhnya dengan berbagai aktiviti bersama kawan-kawan dari mula mengaji sehinggalah tamat pengajian. Pelajar semua boleh mendapatkan keputusan yang sama jika mengamalkan petua mudah yang seperti di bawah:

  • Jangan sesekali ponteng kelas - Jangan sesekali ponteng kelas walaupun satu subjek sepanjang pengajian dari mula sampai habis. Ini banyak membantu kita mempamerkan keseriusan pada pensyarah dan mereka biasanya sentiasa suka menolong pelajar yang serius nak belajar.
  • Pergi awal sebelum kelas bermula - Sentiasa berada di bangunan di mana kelas akan diadakan sekurangnya 15 minit awal. Pastikan persiapan anda untuk belajar lengkap segalanya bermula dari buku, kertas untuk menyalin nota dan alat-alat tulis.
  • Memberikan tumpuan pada pelajaran sampai faham - Tumpu pada pelajaran yang diajar dan setiap kali tak faham, angkat tangan bertanya sampai faham. Selagi tak faham, angkat tangan dan jika pensyarah ajar laju-laju, bangun dan tegur pensyarah agar mengajar dengan rentak perlahan dan minta untuk ulang semula. Biasanya pensyarah akan ulang semula dan jika perlu dia akan datang ke meja untuk mengajar saya.
  • Ajar sekurang-kurangnya pada 3 orang kawan sekelas - Sebenarnya ramai pelajar yang tak faham langsung apa yang diajar oleh pensyarah tetapi mereka diamkan diri berpura-pura faham. Saya tahu situasi itu dan biasanya saya akan terangkan pada mereka yang tak faham tadi terutamanya kawan rapat sampai mereka faham sebelum balik. Selagi mereka tak faham saya akan terangkan dan tidak akan balik selagi mereka tak faham.
  • Jemput kawan ke bilik jika masih tak faham - Bila balik ke bilik, kebanyakkan dari kita akan jarang mengulang kaji. Apa yang boleh di buat adalah ajak rakan-rakan yang nak ulangkaji datang ke bilik dan belajar di situ. Sambil membaca, mereka belajar dan jika tak faham, cuba fahamkan diri anda dahulu dan kemudian ajar mereka pula. 
  • Bersukan setiap petang - Selesai solat asar, kalau boleh, jangan duduk dalam bilik untuk belajar. Itu merupakan masa penting untuk sibukkan diri anda di padang. Sibukkan diri anda dengan bermain tenis, sepak takraw, ping-pong, bola dan apa saja yang orang lain main. Bersukan sampai berpeluh membuatkan diri kita letih dan lebih mudah untuk tidur awal.
  • Bersolat jemaah Maghrib dan Isya' - Ini penting untuk tenangkan jiwa dan mendamaikan hati. Waktu ini digunakan untuk berwirid dan berdoa agar Allah cerahkan hati kita untuk memahami pelajaran. 
  • Tidur awal - Pastikan untuk berehat tidur sebelum pukul 10 malam. Semua kerja rumah atau ulangkaji akan dilakukan selepas waktu Isya' sampai selewatnya pukul 10. Tiada lagi hiburan selepas waktu itu. 
  • Bangun awal dan mulakan semula perjalanan sebagai pelajar dan ulang semula semua yang diatas.
Kalau boleh, jangan sesekali belajar sampai lewat malam sama ada esok nak periksa atau tidak. Pastikan anda sentiasa bersedia untuk menjawab soalan berdasarkan apa yang telah difahami semasa belajar di kelas.

Kalau soalan yang perlu hafalan, jangan suka belajar seorang diri. Cari seorang kawan untuk menjadi orang yang akan memegang buku dan bertanyakan soalan. Jawab soalan yang ditanya sampai betul dan bertukar giliran sampai kedua-dua anda dan kawan anda faham.


Anda juga boleh mendapat keputusan yang bagus dalam pelajaran jika tidak tertekan dan ceria sepanjang masa dengan menjadi seorang pelajar

The Rhapsody


THE RHAPSODY

        Tubuhnya The Rhapsody pada tahum 2010 yang diasaskan oleh seorang lelaki dan perempuan iaitu Muhd Iqbal atau lebih dikenali sebagai Babal dan Zety, Band ini ditubuhkan bertujuan untuk mewakili kolej dalam Pertandingan ICAF. Band ini ditubuhkan di Kolej Tun Hussein Onn, UKM.
Setelah beberapa berlalu, The Rhapsody terus berkembang dan berkembang dan telah mempunyai ahli seramai 25 orang yang terdiri daripada pelbagai jantina dan umur. Kejayaan yang kami perolehi ialah mendapat naib johan dalam Pertandingan ICAF dalam muzik moden  pada tahun 2014.

FOUNDER RHAPSODY
(BABAL)

CO-FOUNDER
(ZETY)

Siapa Yang Pertama Tulis Bismillah


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
✔ Rugilah kalau tak SHARE sebab hanya 1 peluang dakwah yang MUDAH. . . Jom share !!! Sebarkan...
Wallahualam

Wak Mustar Wakili Wong Jowo

Mustar Tukang Kayu Juara Kilauan Emas 5, Menang RM110,000 & Motorsikal

Finalis kegemaran ramai, Wak Mustar telah ditabalkan sebagai juara Kilauan Emas musim yang kelima (KE 5). 

Peserta berasal dari Selangor itu, Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, atau Mustar menggondol hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah motorsikal sumbangan Royal Enfield bernilai RM50,000, sebuah kerusi urut sumbangan Go Shop beserta trofi. 

Mustar, yang bekerja sebagai tukang kayu itu turut menerima Anugerah Khas Juri dan membawa pulang RM10,000. 

Sementara itu naib juara menjadi milik Wan Muhammad Logan Wan Abdul atau Elji, 44, yang telah membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM50,000, perkakas masakan sumbangan Go Shop berserta trofi. 

Manakala tempat ketiga milik Mursalim Muhidin atau Aling, 44 dan melayakkan dia menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, perkakas memasak sumbangan Go Shop berserta trofi. 

Satu-satunya peserta wanita, Hazlina Wati Zainuddin, 42, atau Lina terpaksa berpuas hati apabila diumumkan sebagai pemenang tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi. 

Konsert akhir KE 5 telah diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB pada malam Rabu dan disiarkan secara ekslusif di Astro Prima (105) dan Maya HD (135). 

Para peserta telah diadili oleh tiga juri tetap iaitu Datuk Hattan, Erra Fazira dan Datuk Ramli MS dan juri jemputan Datuk Rosyam Nor. 

Program dikendalikan oleh pengacara popular, Raja Azura. 

Sayang kucing bawa rezeki

Dipetik daripada Harian Metro


Puchong: "Sepertimana ibu bapa menjaga dan menyayangi anak-anak mereka, begitu juga hubungan kasih sayang antara saya dan kucing-kucing peliharaan saya." Itu kata Issam Idris, 39 mengenai hobinya memelihara kucing eksotik sejak 17 tahun lalu yang kini menjadi sumber rezeki.

Dia yang mempunyai puluhan ekor kucing baka eksotik seperti British Shorthair, Cornish Rex, Munchkin, Scottish Fold dan Sphinx menceritakan, hobinya bermula sejak kecil selepas merawat seekor kucing kampung yang ditemui cedera bersebelahan landasan keretapi.
"Selepas itu timbul perasaan sayang terhadap haiwan berkenaan dan saya membuat keputusan untuk menjadikan kucing sebagai hobi," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, baru-baru ini.
Menurutnya lagi ketika memulakan hobi, dia sanggup menghabiskan wang ringgit untuk menjaga kesihatan kucing-kucingnya termasuk memberi makanan berkualiti dan membawa mereka berjumpa doktor haiwan.
"Saya percaya jika kita menjaga dan mencurahkan kasih sayang kepada haiwan peliharaan, mereka juga akan membalas dengan cara mereka yang tersendiri," ujarnya.
Issam berkata setiap kali balik daripada kerja, kucing-kucingnya akan setia menunggu malah ada yang tidur bersamanya di katil.
"Malah pernah sekali seekor kucing saya mengiau dengan kuat dan mengacah ke arah semak berdekatan rumah. Rupanya ada seekor ular yang cuba memasuki kawasan rumah namun berjaya dihalau oleh kucing berkenaan," katanya.
Dia kini mengusahakan perniagaan kedai haiwan peliharaan dikenali sebagai Albi Petzone serta menjadi penjual dan pengimport kucing eksotik dari seluruh dunia.
Ada antara kucing peliharaannya diimport dari Rusia, Ukraine dan Kanada.
Kedai yang terletak di Taman Putra Perdana, Puchong itu menjual pelbagai kelengkapan haiwan peliharaan, makanan kucing berkualiti tinggi selain kucing-kucing comel baka eksotik.
Selain itu dia dan rakannya Mohd Asyraf Josni membuka satu lagi cawangan di Puchong Permai yang dinamakan Bulus Uptown Puchong Permai yang dibuka pada waktu malam.
Menurut Mohd Asyraf, kucing eksotik atau ‘pedigree’ memerlukan lebih perhatian memandangkan keadaan fizikal yang berbeza berbanding kucing biasa.
“Sebagai contoh kucing pedigree yang berbulu lebat memerlukan penjagaan rapi supaya bulu tidak kusut dan berserabut. Selain itu pemakanan juga penting untuk memastikan kesihatan kucing berkenaan terjamin,” jelasnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 1:00 PM